Taman Sri Changgang
Bukit Changgang adalah satu tempat yang dikatakan "centre" atau pusat bagi lokasi popular serta penting dengan kilang-kilang, pentadbiran, dan sebagainya iaitu seperti putrajaya, klia, banting, dan lain-lain. kawasan sememangnya membekalkan banyak peluang pekerjaan dan hal ini ternyata dengan ramainya penghijrah luar yang bekerja seperti di klia mengambil keputusan untuk tinggal disini disebabkan sukar untuk mendapatkan rumah sewa yang berpatutan dan hal ini seterusnya menjadikan kampung ini amat sesuai serta menjadi pilihan kebanyakkan penduduk baru di kampung ini yang rata-rata menyatakan kos sewa rumah yang lebih rendah. buktinya kini banyak tanah penduduk kampung yang dijadikan tapak untuk kawasan perumahan. Konsep perumahan juga seiring dengan kemajuan atau bentuk yang ada dibandar iaitu menggunakan konsep yang terkini dan moden.
Hasil tinjauan yang dilakukan kebanyakkan daripada penduduk masih lagi mengekalkan konsep rumah kampung sebagai acuan asas kepada setiap rumah yang dibina. Rumah yang dibina juga mempunyai taburan yang berselerak namun berdekatan antara satu sama lain. Hal ini menjadikan penduduk kampung di kawasan ini mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat.