PAYA INDAH WETLANDS, DENGKIL.Paya Indah merupakan sebuah kawasan rekreasi berpaya yang mempunyai pelbagai jenis yang kawasan yang menyediakan aktiviti beriadah yang bertemakan eko-pelancongan, Lokasi Paya Indah hanya terletak pada kira-kira 1 kilometer dari kawasan kajian kami iaitu Kampung Bukit Changgang. Antara tarikan utama adalah persekitaran yang masih lagi hijau dan mempunyai pelbagai jenis pokok-pokok yang menghiasi sekeliling kawasan ini. Paya Indah terkenal dengan kolam buaya yang menempatkan kira-kira 15 ekor buaya tembaga yang mendapat penjagaan daripada pihak PERHILITAN. Selain itu, terdapat juga kawasan pondok yang lengkap dengan tempat untuk barbeku bersama keluarga. Terdapat juga tempat serta basikal khas disediakan untuk berbasikal dengan kadar sewa yang berpatutan disekitar kawasan Paya Indah Wetland.
|
KOLAM PAYA HABITAT BUAYA TEMBAGA
TASIK BUAYA
Tasik buaya merupakan antara tempat tarikan yang ada di Paya Indah Wetlands. Waktu memberi buaya-buaya itu makan kira-kira pada jam 11.00 pagi. Terdapat pegawai Perhilitan yang bertugas di situ dan berperanan memberikan penerangan kepada pengunjung yang datang. Berdasarkan kata-kata petugas tersebut, terdapat 38 ekor buaya tembaga di kolam tersebut pada masa ini.15 ekor darinya disumbangkan oleh Taman Buaya di Langkawi. Terdapat 2 spesis buaya di Malaysia iaitu Buaya Tembaga dan Buaya Julung-Julung.Buaya Tembaga di PIW ini sudah terbiasa dengan tiupan wisel untuk memanggilnya bagi tujuan memberi makanan.Apabila wisel ditiup, berpusu-pusu buaya-buaya datang menghampiri tebing kolam dan petugas pun mencampakkan ayam-ayam mati sebagai makanan buaya-buaya tersebut. Anda akan merasai pengalaman ini jika anda berkunjung ke sini! :)
MENARA TINJAU
![Picture](/uploads/8/1/3/8/81382854/8439293.jpg?250)
Gambar menunjukkan sebuah menara tinjau
yang dibuka kepada orang ramai untuk melihat
kawasan sekitar Paya Indah Wetlands dan
sekitarnya dari sudut pandangan pada ketinggian
kira-kira 4 tingkat bangunan.
Pemandangan yang disediakan cukup menakjubkan
dan sangat menarik untuk dikunjungi.
yang dibuka kepada orang ramai untuk melihat
kawasan sekitar Paya Indah Wetlands dan
sekitarnya dari sudut pandangan pada ketinggian
kira-kira 4 tingkat bangunan.
Pemandangan yang disediakan cukup menakjubkan
dan sangat menarik untuk dikunjungi.