Masjid Ass-SobirinMasjid ini mempunyai keluasan tapak yang besar dan turut lengkap dengan sekolah aliran agama yang terbina sama dengan masjid tersebut. Masjid tersebut mempunyai organisasi yang cemerlang dimana, mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pergaulan masyarakat setempat iaitu aktiviti seperti ceramah agama, program bersunat beramai-ramai, sambutan hari keluarga dan sebagainya. Lokasi masjid yang berdekatan dengan jalan utama ke tempat-tempat utama seperti KLIA, Putrajaya, Banting, Dengkil dan sebagainya menyebabkan ramai orang yang berminat bersinggah untuk menunaikan solat dan juga berehat seketika.
|
Dewan Orang ramaiDewan ini digunakan untuk pelbagai majlis keramaian seperti majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk. selain itu, Dewan ini juga tempat mengadakan majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri melalui Adun setempat seperti majlis Hari Wanita, Hari Keluarga dan sebagainya. Dewan juga berfungsi sebagai tempat untuk bermain Badminton dimana terdapat juga gelanggang badminton yang lengkap.
|
Sekolah Kebangsaan Bukit ChanggangDi Kampung Bukit Changgang ini, terdapat sekolah rendah kebangsaan yang merupakan sekolah yang telah lama terbina, sekolah kampung ini juga tersedia dalam persekitaran yang selamat dan lengkap. selain itu, setiap infrastruktur yang ada juga menepati spesifikasi dan masih lagi baru sebagai contoh kantin, bangunan makmal dan sebagainya. Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada jam 0730 pagi sehingga 1305 dari isnin hingga khamis bagi sesi pagi dan pada hari jumaat 0730 pagi hingga 1150 pagi. Manakala, bagi sesi petang pula ialah 1320 petang sehingga 1830 petang isnin hingga khamis bagi hari jumaat pula 1430 hingga 1830 petang. Persekitaran sekolah juga lengkap dengan padang sekolah yang luas. Selain itu, berhampiran sekolah juga turut disediakan jejantas untuk para murid menyeberangi jalan utama Kampung ini.
Homestay D'SakinahHomestay D'Sakinah yang terletak di Lot 1953, Batu 36, Jalan Banting-Dengkil, Kg. Bkt. Changgang, 42700 Banting turut disediakan kepada para pelancong yang datang dari jauh. Homestay ini turut terletak berdekatan dengan KLIA, LCCT, Putrajaya and Cyberjaya. Homestay tersebut menempatkan tiga buah bilik yang berhawa dingin, dua bilik air dan lengkap dengan alatan perabot di ruang tamu. Homestay ini sangat selesa untuk didiami oleh ahli keluarga. Homestay ini juga mempunyai persekitaran yang selamat dan terjamin disebabkan oleh kawasan kejiranan perkampungan yang mesra dan selamat dari segi keselamatan. kawasan ini juga lengkap dengan kemudahan asas seperti kedai serbaneka, masjid, kedai dobi, salon kecantikan.
|
Gelanggang FutsalGelanggang futsal diatas merupakan salah satu kemudahan yang baru wujud di kampung Bukit Changgang ianya adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh persatuan belia yang mendapat sumbangan daripada Kementerian Belia Dan Sukan. Gelanggang ini merupakan tempat yang menjadi pilihan kepada kebanyakkan remaja di kampung ini, mereka akan berkumpul pada waktu petang sehingga malam untuk bermain futsal. Tempat ini juga turut terbina dengan infrastruktur sebuah futsal yang lengkap dan moden contoh dari segi lantai getah futsal tersebut.
Kemudahan tempat isi minyak turut terdapat di tengah-tengah kawasan Kampung Bukit Changgang. Tempat isi minyak yang ada turut menawarkan barangan runcit di dalamnya yang dapat memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan sesuatu barangan. |
Homestay Uteh
![Picture](/uploads/8/1/3/8/81382854/7408424.jpg?482)
Homestay Uteh adalah bertempat di 1957 (C),
Jalan Berlian Kiri, Batu 36, Kg Bukit Changgang.
Antara kemudahan kelengkapan perabot
yang lengkap disediakan di dalam rumah:
Ruangan Rumah
# 3 bilik tidur berkatil, 2 tandas
# 1 ruang tamu yang luas
# 1 ruang meja makan / kerja
# 1 ruang dapur basah & kering
# 1 ruang ampaian baju basah & kering
Jalan Berlian Kiri, Batu 36, Kg Bukit Changgang.
Antara kemudahan kelengkapan perabot
yang lengkap disediakan di dalam rumah:
Ruangan Rumah
# 3 bilik tidur berkatil, 2 tandas
# 1 ruang tamu yang luas
# 1 ruang meja makan / kerja
# 1 ruang dapur basah & kering
# 1 ruang ampaian baju basah & kering